emmm.. sambil menghirup white coffee kat uncle john jitra nie, tetiba plak idea datang nak tulis blog nie..
perpaduan... sekarang nie heboh satu malaysia pasal kerajaan perpaduan. sebenarnya benda nie diperbesarkan atas beberapa sebab.
1. prk manik urai
2. obama speech
3. perhimpunan agung pas
mcm salah sorang lec sy ckap masa attended kursus safety and health officer, tragedy will happen when a right person, right time, and right place meet together.
perpaduan nie sebenarnya dah lama dibangkitkan, dari zaman Y.T.M Tunku Abdul rahman Putra Al-Haj hinggalah Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak.
bila difikir balik, sepatutnya benda nie dah settle, tapi oleh kerana perlaksanaan yang lemah, sampai sekarang tak selesai lagi. bagi saya, benda nie dah terlalu lapok dan kebanyakan anak muda sekarang dah bosan bila dengar perkataan perpaduan. ini disebabkan kerana kerajaan pemerintah tidak dapat melaksanakan perpaduan dengan sebaik-baiknya.
kalau tak percaya, cuba tanya anak atau diri kita sendiri, kat sekolah, pernah tak kita dengar pergaduhan antara kaum ataupun dengan kaum kita sendiri, kalau pernah, inilah kelemahan yang kerajaan pemerintah.
tak usah lah bermimpi nak bekerjasama dengan parti pembangkang, kerana perpaduan yang dilaungkan selama ini masih lagi tidak dapat diimplimentasikan dengan sebaik-baiknya.
lagi satu, kalau tiada pembangkang, siapa pula akan menasihati parti pemerintah bila parti pemerintah melakukan kesalahan? pasti akan muncul lagi satu parti pembangkang yang baru.
bila kita imbas sekali lagi sejarah kita, antara pihak kerajaan dengan dengan PKM. kalau tak silap saya dan sila perbetulkan kalau salah, pkm telah wujud sebelum malaysia merdeka lagi, dimana pkm telah ditaja oleh oleh oleh pihak british untuk menentang pihak jepun. tetapi, apabila malaya ketika itu sudah merdeka, pkm ditentang oleh kerajaan malaysia kerana idealogi mereka tidak selari dengan kerajaan malaysia dan penduduk malaysia secara am nya.
cuba kita bandingkan antara kerajaan malaysia dengan parti pas dimana pas telah dilakukan sebegitu rupa seperti pkm kerana idealogi pas tidak selari dengan kerajaan. pas ketika itu hanya dijadikan talian hayat.
kepada pemimpin pas, inatlah masa silam kerana masa silam adalah tangga kepada masa hadapan....
fikir fikirkan lah.....
Saturday, June 20, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)
